7-22 11. Selain itu, ujian psikometrik juga boleh digunakan sebagai salah satu kaedah dalam membuat analisis keperluan rawatan terutamanya bagi kes-kes yang mempunyai simptom klinikal dan trauma. Namun begitu, penggunaan ujian Psikologi ini bergantung kepada kepakaran pegawai yang ada di agensi dalam menggunakan ujian psikometrik. 12. Hasil analisis keperluan rawatan yang dilaksanakan akan menentukan bentuk bantuan yang akan dijalani oleh pegawai terbabit sama ada menjalani intervensi, pencegahan dan pembangunan bersama Pegawai Psikologi, AKRAB mahupun bersama coach dan mentor yang ditetapkan. Manakala, bagi pegawai yang memerlukan pembangunan kemahiran dan latihan, maka analisis keperluan latihan perlu dilaksanakan bagi menentukan jenis latihan yang bersesuaian. Analisis keperluan Latihan 13. Analisis Keperluan Latihan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis latihan atau kursus yang diperlukan oleh pegawai terbabit. Ia merupakan satu proses untuk mengenal pasti jurang di antara kemahiran yang dimiliki dengan kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh pegawai dalam melaksanakan tugas. Pegawai terbabit akan ditemu bual bagi mengenal pasti tahap keupayaan, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki yang kemudian akan dibandingkan dengan kompetensi yang diperlukan mengikut deskripsi tugas (JD) jawatan pegawai tersebut bagi membolehkan ia berperanan secara optimum di pejabat. 14. Hasil daripada Analisis Keperluan Latihan, urus setia PPK atau Bahagian/ Unit Latihan boleh mencadang atau mengarahkan pegawai untuk menjalani latihan yang diperlukan. Proses dan carta alir kerja 15. Pelaksanaan Program Penilaian Pekerja boleh dilihat melalui proses kerja seperti di Lampiran B1 dan carta alir seperti di Lampiran B2. Penutup 16. Dengan pelaksanaan Program Penilaian Pekerja, diharapkan ia dapat menjadi panduan dalam membantu pengurus sumber manusia dan urus setia Program Pengupayaan Kendiri (PPK) dalam mengenal pasti pegawai yang memerlukan bantuan, sekaligus menyediakan proses pembangunan modal insan yang sistematik dan berkesan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy