7-21 analisis dan menginterpretasi dapatan ujian. Sehubungan itu, ujian psikometrik juga boleh digunakan bagi mengenal pasti simptom permasalahan pegawai dalam organisasi. xi. Aduan pelanggan Aduan pelanggan boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk dari panggilan telefon, e-mel, surat, borang maklum balas perkhidmatan, peti cadangan, surat khabar dan sebagainya. Aduan pelanggan meliputi keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi seperti petugas kaunter atau telefonis, desk officer sehinggalah kepada pembuat keputusan oleh pegawai-pegawai kanan. Justeru, kekerapan aduan yang diterima sama ada kepada sekumpulan pegawai atau individu tertentu dalam organisasi juga boleh dijadikan indikator pengenalpastian masalah. xii. Penilaian Ketua Jabatan Ketua Jabatan dapat membuat penilaian terhadap semua pegawai di bawah penyeliaannya. Selain daripada penilaian prestasi tahunan, Ketua Jabatan juga boleh membuat penilaian berdasarkan pemerhatian, laporan penyelia dan aduan terhadap pegawai terbabit. Namun begitu, penggunaan indikator ini banyak bergantung kepada budi bicara Ketua Jabatan dalam menentukan tindakan yang akan diambil. 9. Setelah pegawai dikenal pasti berdasarkan indikator-indikator yang dinyatakan di atas, Analisis Keperluan Rawatan perlu dilakukan bagi menentukan jenis rawatan yang bersesuaian. Analisis Keperluan Rawatan 10. Terdapat pelbagai kaedah dalam melaksanakan analisis keperluan rawatan. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah melalui temu bual awal, pentadbiran ujian saringan atau perbincangan dengan pegawai terbabit bagi menentukan rawatan bersesuian dengan permasalahan yang dihadapi. Hasil analisis yang menyeluruh membolehkan rawatan yang tepat diberikan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy