Pengurusan Psikologi

 7-8 Bahagian III Peranan Ketua Jabatan Pengenalan 3.1 Ketua Jabatan berperanan menggembeleng sumber di bawah kawalannya iaitu sumber manusia, kewangan, peralatan dan teknologi secara optimum untuk mencapai objektif organisasi. Selaras dengan objektif yang ditetapkan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan aktiviti Program Pengupayaan Kendiri (PPK) fungsinya akan diletakkan di bawah Panel Pembangunan Sumber Manusia. Peranan Ketua jabatan 3.2 Sehubungan itu, Ketua Jabatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia dikehendaki: i. Menentukan pelaksanaan PPK; ii. Menentukan Bahagian/Cawangan/Unit Psikologi Kaunseling yang terdapat di kementerian/jabatan sebagai urus setia PPK. Bagi kementerian/jabatan yang tidak mempunyai Bahagian/Cawangan/Unit Psikologi Kaunseling maka Bahagian/Cawangan/Unit yang bersesuaian boleh ditentukan sebagai Urus Setia PPK; iii. Menyedia dan menyelaras latihan yang ditetapkan kepada pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti PPK; dan iv. Memastikan tugas pelaksanaan PPK dimasukkan ke dalam senarai tugas dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai berkenaan. Peranan urus setia 3.3 Fungsi dan tanggungjawab Urus Setia PPK adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti pegawai yang berkemungkinan memerlukan bantuan, mempunyai masalah prestasi dan bermasalah; ii. Menyelia maklumat sulit pegawai yang dikenal pasti;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy