7-1 BAHAGIAN 1 PENDAHULUAN Tujuan 1.1 Panduan ini bertujuan untuk menyelaras dan menyeragaman prosedur tindakan dalam mengurus sumber manusia bagi membangun potensi dan mempertingkatkan kecemerlangan dan prestasi pegawai awam termasuk mengendalikan pegawai berprestasi sederhana dan bermasalah di agensi awam. Definisi 1.2 Dalam panduan ini: “Agensi” atau “agensi awam” bermaksud Kementerian, Jabatan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) atau Pihak Berkuasa Tempatan; “Pegawai Psikologi” bermaksud pegawai yang dilantik mengikut Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi “Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah agensi di peringkat Ibu pejabat iaitu Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Ketua Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai Ketua Jabatan; “Pegawai” bermaksud pegawai yang sedang berkhidmat di agensi awam; “Pegawai bermasalah” bermaksud pegawai yang menunjukkan sikap, pemikiran dan tingkah laku yang boleh menimbulkan masalah kepada ketua, rakan sekerja, pegawai bawahan dan lain-lain individu apabila berurusan dengannya. Sikap dan perlakuan tersebut menjejaskan imej, kualiti dan prestasi organisasi; “Pegawai berprestasi rendah” bermaksud Pegawai yang memperoleh markah kurang daripada 60% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun yang dinilai;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy