281 C. Pembangunan Pengupayaan Kendiri 24. Pegawai yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran asas pandu citra atau pentauliahan pemanducitraan perlu mengikuti CFL anjuran INTAN. CFL bertujuan memberikan pendedahan mengenai kemahiran, kompetensi asas dan elemen pandu citra. 25. Kemahiran pandu citra merupakan salah satu elemen dalam membentuk nilai keperibadian cemerlang di kalangan pemimpin sektor awam. Sehubungan dengan itu, kemahiran pandu citra boleh dijadikan sebagai komponen dalam kursus kepimpinan atau mana-mana kursus yang dilaksanakan oleh agensi. D. Prosedur Pentauliahan 26. Bagi pentauliahan sebagai pemandu citra profesional, pegawai perlu menghadiri dengan jayanya peringkat 1, melepasi peringkat 2 dan lulus peringkat 3 sebelum diperakui oleh INTAN seperti di Jadual 2. Jadual 2 : Peringkat Mendapatkan Pentauliahan Pemandu Citra Profesional Peringkat Perkara Huraian 1 Menghadiri dengan jayanya CFL anjuran INTAN. (i) Pendaftaran permohonan menerusi sistem DTIMS. (ii) Peserta yang layak terdiri daripada gred 5 dan ke atas. (iii) Peserta akan didedahkan dengan konsep dan kemahiran asas pandu citra. 2 Menduduki dan lulus pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan oleh INTAN. (i) Permohonan dibuat menerusi Hab Kepakaran INTAN. (ii) Perakuan Ketua Jabatan dikepilkan. (iii) Lulus pentaksiran dan penilaian. (iv) Melaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali sesi pandu citra dengan mengemukakan borang pandu citra 1 seperti di Lampiran PO.3.1.5(C), borang pandu citra 2 seperti di Lampiran PO.3.1.5(D) serta melengkap dan mengemukakan borang pandu citra 3 seperti di Lampiran
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy