Pengurusan Psikologi

 280 PELAKSANAAN 19. Perkara penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan pandu citra adalah seperti yang berikut: (i) Sesi Pandu Citra; (ii) Khidmat Konsultasi Pemanducitraan; (iii) Pembangunan Pengupayaan Kendiri; dan (iv) Prosedur Pentauliahan. A. Sesi Pandu Citra 20. Sesi pandu citra boleh dilaksanakan melalui permohonan pegawai untuk mendapatkan khidmat pemanducitraan ataupun pencalonan oleh PSM. Matlamat sesi pandu citra ditentukan oleh permata citra. Sesi pandu citra perlu mematuhi prinsip dan etika pemanducitraan seperti di perenggan 9 Ceraian ini. Semua sesi pandu citra hendaklah dilaksanakan tanpa bayaran. 21. Sesi pandu citra perlu didaftarkan menerusi portal Hab Kepakaran INTAN dan pegawai boleh memilih mana-mana pemandu citra profesional yang tersenarai dalam portal tersebut. 22. Carta Alir Permohonan Sesi Pandu Citra Pencalonan oleh PSM dan Permohonan Oleh Pegawai Sendiri adalah seperti di Lampiran PO.3.1.5(B). B. Khidmat Konsultasi Pemanducitraan 23. Agensi yang ingin mendapatkan khidmat konsultasi pemanducitraan boleh memilih pemandu citra profesional dengan melayari portal Hab Kepakaran INTAN. Pemandu citra profesional layak dibayar atas khidmat konsultasi pemanducitraan yang dimohon oleh agensi lain, tertakluk kepada sesi khidmat tersebut yang melebihi tempoh 60 minit bagi setiap sesi. Pembayaran sagu hati adalah mengikut kadar fasilitator berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Peraturan Mengenai Kadar-Kadar Dan Syarat-Syarat Bayaran Saguhati Kepada Pensyarah/Penceramah Dan Fasilitator Sambilan WP 1.8. Sebarang implikasi kewangan hendaklah ditanggung oleh agensi yang memohon khidmat konsultasi pemanducitraan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy