Pengurusan Psikologi

 279 C. Ketua Jabatan 17. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk mempertimbangkan pengiktirafan kepada pemandu citra profesional dengan mengambil kira perkara seperti yang berikut: (i) pelaksanaan sesi pandu citra diambil kira sebagai sumbangan luar tugas rasmi di dalam sistem penilaian prestasi; (ii) memberi keutamaan untuk mengikuti mana-mana kursus/ seminar/ persidangan/ program berkaitan pandu citra sama ada di dalam atau luar negara; (iii) memberi merit untuk mengikuti kursus dalam dan luar negara bagi pembangunan kompetensi pegawai; dan (iv) memberi merit untuk pencalonan penerimaan pingat dan pengurniaan darjah kebesaran kepada pegawai. D. Pengurusan Sumber Manusia (PSM) 18. PSM berperanan menjayakan agenda pembudayaan pandu citra di peringkat agensi dengan mengambil tindakan seperti yang berikut: (i) memaklumkan keberadaan pemandu citra profesional kepada Ketua Jabatan menerusi mana-mana platform yang dirasakan sesuai dan semakan boleh dibuat menerusi Hab Kepakaran INTAN; (ii) mengenal pasti dan mengesyorkan pegawai bersesuaian yang perlu menghadiri sesi pandu citra; (iii) menggalakkan pewujudan lebih ramai pemandu citra profesional; (iv) melaksanakan program pembudayaan pandu citra di agensi; dan (v) melaporkan pelaksanaan pandu citra kepada Ketua Jabatan dalam manamana platform yang sesuai sebelum berakhir suku keempat setiap tahun dan melaporkan kepada pihak INTAN menggunakan format pelaporan seperti di Lampiran PO.3.1.5(A).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy