278 (iv) menyediakan khidmat konsultasi mengenai program pandu citra dan menyediakan sesi pandu citra kepada semua pegawai; (v) menjadi pemangkin dalam memperkenalkan, menyebar luas, membudaya dan meningkatkan pemahaman pandu citra; (vi) mentadbir urus semua data yang berkaitan dengan pandu citra; (vii) memperakukan pemandu citra profesional sektor awam; (viii) memperakukan mana-mana badan berakreditasi dalam bidang pandu citra untuk mentauliahkan pemandu citra; dan (ix) menyediakan kaedah pentaksiran dan menilai permohonan pemandu citra profesional. 13. Bagi memastikan peranan INTAN sebagai Pusat Kecemerlangan Pandu Citra sentiasa relevan, INTAN akan melaksanakan kolaborasi dengan semua pihak yang berkepentingan dalam bidang pandu citra. 14. Pelaksanaan pandu citra akan ditadbir urus melalui Jawatankuasa Pandu Citra Sektor Awam yang diurussetiakan oleh INTAN. B. Pemandu Citra Profesional 15. Pemandu citra profesional merupakan duta pandu citra di mana-mana agensi pegawai berkhidmat. Tanpa menjejaskan tugas dan tanggungjawab hakiki, pemandu citra profesional juga berperanan untuk— (i) merancang dan melaksanakan program untuk meningkatkan kesedaran pandu citra dan kepentingan pembudayaannya dalam kalangan pegawai; (ii) melaksanakan sesi pandu citra kepada pegawai yang memerlukan khidmat pemanducitraan; (iii) memastikan pentauliahan mereka sebagai pemandu citra profesional direkodkan dalam buku perkhidmatan dan dikemas kini dalam Human Resource Management Information System (HRMIS) masing-masing; dan (iv) memaklumkan pentauliahan yang dimiliki kepada pengurus sumber manusia sekiranya bertukar ke agensi lain. 16. Pemandu citra profesional akan kekal sebagai duta pandu citra walaupun bertukar ke agensi baharu.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy