Pengurusan Psikologi

 277 Kaunseling Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Sumber: Akta Kaunselor 1998 [Akta 580] Konsultasi Penyelesaian masalah oleh pakar dalam bidang berkaitan. Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB A. INTAN 11. Seiring dengan komitmen untuk mentransformasikan dan menambah baik perkhidmatan awam, JPA melalui INTAN bertanggungjawab untuk membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten menerusi program latihan (kursus, bengkel, seminar dan sebagainya) dan program bukan latihan (penyelidikan, penerbitan, pandu citra dan sebagainya). 12. Pelaksanaan pandu citra ini merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam mentransformasikan diri pegawai. Selaras dengan itu, INTAN perlu menerajui inisiatif penerapan nilai kecemerlangan di kalangan pegawai menerusi pelbagai program pandu citra. Peranan utama INTAN sebagai Pusat Kecemerlangan Pandu Citra adalah seperti yang berikut: (i) membangunkan garis panduan dan melaksanakan inisiatif berkaitan dengan pandu citra dalam sektor awam; (ii) menjadi pusat rujukan pandu citra dalam sektor awam; (iii) menyediakan repositori pemandu citra profesional di dalam Hab Kepakaran INTAN;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy