Pengurusan Psikologi

 276 (d) Pemandu citra tidak akan mengemukakan idea, pandangan atau komen ke atas maklumat yang disampaikan oleh permata citra; dan (e) Pemandu citra tidak semestinya berada di dalam bidang kepakaran yang sama dengan permata citra. (ii) Etika pemanducitraan (a) Pemandu citra akan bersikap neutral dan tidak bersikap prejudis ke atas maklumat yang disampaikan oleh permata citra; dan (b) Pemandu citra bertanggungjawab menjaga kerahsiaan semua maklumat yang dikongsikan oleh permata citra semasa dan selepas sesi pandu citra dilaksanakan. 10. Pemanducitraan berbeza dengan pendekatan pengupayaan kendiri yang lain seperti pementoran, kaunseling dan konsultasi seperti di Jadual 1. Jadual 1: Perbezaan Pemanducitraan, Pementoran, Kaunseling Dan Konsultasi Pemanducitraan Satu proses transformatif yang meliputi aspek kesedaran, penemuan dan pembangunan dalam diri seseorang individu yang berfokuskan kepada pencapaian objektif dan matlamat permata citra. Sumber: International Association of Coaching (IAC) Pementoran Perhubungan bermakna yang dibina antara mentor dan menti yang mana mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan. Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian PO.3.1.4 : Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy