Pengurusan Psikologi

 275 KONSEP PANDU CITRA 6. Konsep pandu citra meliputi sesi formal yang dirancang secara one-to-one di antara pemandu citra dan permata citra dan sesi tidak formal seperti perbualan secara santai berdasarkan matlamat permata citra. 7. Pandu citra boleh dilaksanakan kepada pegawai yang mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai dan sesuai untuk pegawai yang berhasrat untuk menangani cabaran dan mendapatkan kejelasan dalam sesuatu tindakan serta hendak mencapai kejayaan. 8. Manfaat pelaksanaan pandu citra adalah seperti yang berikut: (i) memberi ruang yang kondusif dan selamat kepada permata citra untuk berkongsi maklumat; (ii) meningkatkan keyakinan permata citra untuk bertindak bagi mencapai matlamat yang ditetapkan; (iii) mengukuhkan akauntabiliti permata citra ke atas tindakan yang diambil; (iv) membuka minda permata citra untuk berfikir ke arah penyelesaian; (v) mengupayakan permata citra melihat dengan jelas dalam menentukan tindakan; dan (vi) menerokai potensi dan kelebihan diri permata citra untuk mencapai matlamat. 9. Prinsip dan etika pemanducitraan adalah seperti yang berikut: (i) Prinsip pemanducitraan (a) Sesi pandu citra formal yang efektif perlulah dilaksanakan dalam tempoh minimum 30 minit dan maksimum 90 minit; (b) Sesi pandu citra melibatkan seorang pemandu citra dan seorang permata citra; (c) Pemandu citra hanya akan bertanya, mendengar dan merumuskan apa yang disampaikan oleh permata citra;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy