273 (vii) “Khidmat Konsultasi Pemanducitraan” merujuk kepada khidmat sesi pandu citra yang ditawarkan oleh pemandu citra profesional yang dilantik secara rasmi oleh agensi; (viii) “pandu citra” merujuk kepada pendekatan yang digunakan untuk menerokai potensi diri pegawai melalui proses transformatif yang meliputi aspek kesedaran (awareness), penemuan (discovery) dan pembangunan (growth); (ix) “pegawai” merujuk kepada pegawai yang sedang berkhidmat dan dilantik secara tetap, sementara atau kontrak; (x) “pemandu citra” merujuk kepada pegawai yang telah dipilih oleh permata citra (coachee) untuk melaksanakan sesi pandu citra; (xi) “pemandu citra profesional” merujuk kepada pegawai yang telah hadir CFL dengan jayanya, lulus pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan serta ditauliahkan oleh mana-mana badan berakreditasi dalam bidang pandu citra yang diperakui oleh INTAN; (xii) “Pembangunan Pengupayaan Kendiri” merujuk kepada program yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan diri pegawai; (xiii) “permata citra” merujuk kepada pegawai yang mendapatkan khidmat sesi pandu citra daripada seorang pemandu citra; (xiv) “Program Pentauliahan Pemandu Citra Profesional (PCP)” merujuk kepada program pentauliahan yang dianjurkan oleh mana-mana badan berakreditasi yang diiktiraf dalam bidang pandu citra dan diperakui oleh INTAN; (xv) “sesi pandu citra” merujuk kepada perbualan yang berstruktur di antara permata citra dan pemandu citra dalam tempoh antara 30 hingga 90 minit bergantung kepada matlamat permata citra.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy