Pengurusan Psikologi

 272 CERAIAN PO.3.1.5 PANDUAN PELAKSANAAN PANDU CITRA (COACHING) DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberi panduan berhubung dengan pelaksanaan pandu citra (coaching) dalam pengurusan sumber manusia sektor awam. TAKRIF 2. Bagi maksud Ceraian ini: (i) “agensi” merujuk kepada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan; (ii) “Digital Training Information Management System (DTIMS)” merujuk kepada sistem permohonan kursus dalam talian Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di laman web www.dtims.intan.my; (iii) “duta pandu citra (coaching)” merujuk kepada pemandu citra profesional (coach) yang dilantik oleh INTAN sebagai duta di agensi; (iv) “Hab Kepakaran INTAN” merujuk kepada sistem pangkalan data kepakaran (www.experthub.intan.my) yang dibangunkan oleh INTAN. (v) “Kepimpinan Pandu Citra (Coaching For Leaders - CFL)” merujuk kepada bengkel anjuran INTAN berkaitan dengan kompetensi asas kemahiran pandu citra kepada pegawai gred 5 dan ke atas; (vi) “Ketua Jabatan” merujuk kepada seorang pegawai yang mengetuai sesuatu agensi atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy