258 B. Khidmat Konsultasi Pemanducitraan 23. Agensi yang ingin mendapatkan khidmat konsultasi pemanducitraan boleh memilih pemandu citra profesional dengan melayari portal Hab Kepakaran INTAN. Pemandu citra profesional layak dibayar atas khidmat konsultasi pemanducitraan yang dimohon oleh agensi lain, tertakluk kepada sesi khidmat tersebut yang melebihi tempoh 60 minit bagi setiap sesi. Pembayaran sagu hati adalah mengikut kadar fasilitator berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Peraturan Mengenai Kadar-Kadar Dan Syarat-Syarat Bayaran Saguhati Kepada Pensyarah/Penceramah Dan Fasilitator Sambilan WP 1.8. Sebarang implikasi kewangan hendaklah ditanggung oleh agensi yang memohon khidmat konsultasi pemanducitraan. C. Pembangunan Pengupayaan Kendiri 24. Pegawai yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran asas pandu citra atau pentauliahan pemanducitraan perlu mengikuti CFL anjuran INTAN. CFL bertujuan memberikan pendedahan mengenai kemahiran, kompetensi asas dan elemen pandu citra. 25. Kemahiran pandu citra merupakan salah satu elemen dalam membentuk nilai keperibadian cemerlang di kalangan pemimpin sektor awam. Sehubungan dengan itu, kemahiran pandu citra boleh dijadikan sebagai komponen dalam kursus kepimpinan atau mana-mana kursus yang dilaksanakan oleh agensi. D. Prosedur Pentauliahan 26. Bagi pentauliahan sebagai pemandu citra profesional, pegawai perlu menghadiri dengan jayanya peringkat 1, melepasi peringkat 2 dan lulus peringkat 3 sebelum diperakui oleh INTAN seperti di Jadual 2. Jadual 2 : Peringkat Mendapatkan Pentauliahan Pemandu Citra Profesional Peringkat Perkara Huraian 1 Menghadiri dengan jayanya CFL anjuran INTAN. (i) Pendaftaran permohonan menerusi sistem DTIMS. (ii) Peserta yang layak terdiri daripada gred 5 dan ke atas. (iii) Peserta akan didedahkan dengan konsep dan kemahiran asas pandu citra.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy