257 (a) memaklumkan keberadaan pemandu citra profesional kepada Ketua Jabatan menerusi mana-mana platform yang dirasakan sesuai dan semakan boleh dibuat menerusi Hab Kepakaran INTAN; (b) mengenal pasti dan mengesyorkan pegawai bersesuaian yang perlu menghadiri sesi pandu citra; (c) menggalakkan pewujudan lebih ramai pemandu citra profesional; (d) melaksanakan program pembudayaan pandu citra di agensi; dan (e) melaporkan pelaksanaan pandu citra kepada Ketua Jabatan dalam manamana platform yang sesuai sebelum berakhir suku keempat setiap tahun dan melaporkan kepada pihak INTAN menggunakan format pelaporan seperti di Lampiran PO.3.1.5(A). PELAKSANAAN 19. Perkara penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan pandu citra adalah seperti yang berikut: (a) Sesi Pandu Citra; (b) Khidmat Konsultasi Pemanducitraan; (c) Pembangunan Pengupayaan Kendiri; dan (d) Prosedur Pentauliahan. A. Sesi Pandu Citra 20. Sesi pandu citra boleh dilaksanakan melalui permohonan pegawai untuk mendapatkan khidmat pemanducitraan ataupun pencalonan oleh PSM. Matlamat sesi pandu citra ditentukan oleh permata citra. Sesi pandu citra perlu mematuhi prinsip dan etika pemanducitraan seperti di perenggan 9 Ceraian ini. Semua sesi pandu citra hendaklah dilaksanakan tanpa bayaran. 21. Sesi pandu citra perlu didaftarkan menerusi portal Hab Kepakaran INTAN dan pegawai boleh memilih mana-mana pemandu citra profesional yang tersenarai dalam portal tersebut. 22. Carta Alir Permohonan Sesi Pandu Citra Pencalonan oleh PSM dan Permohonan Oleh Pegawai Sendiri adalah seperti di Lampiran PO.3.1.5(B).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy