256 B. Pemandu Citra Profesional 15. Pemandu citra profesional merupakan duta pandu citra di mana-mana agensi pegawai berkhidmat. Tanpa menjejaskan tugas dan tanggungjawab hakiki, pemandu citra profesional juga berperanan untuk— (a) merancang dan melaksanakan program untuk meningkatkan kesedaran pandu citra dan kepentingan pembudayaannya dalam kalangan pegawai; (b) melaksanakan sesi pandu citra kepada pegawai yang memerlukan khidmat pemanducitraan; (c) memastikan pentauliahan mereka sebagai pemandu citra profesional direkodkan dalam buku perkhidmatan dan dikemas kini dalam Human Resource Management Information System (HRMIS) masing-masing; dan (d) memaklumkan pentauliahan yang dimiliki kepada pengurus sumber manusia sekiranya bertukar ke agensi lain. 16. Pemandu citra profesional akan kekal sebagai duta pandu citra walaupun bertukar ke agensi baharu. C. Ketua Jabatan 17. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk mempertimbangkan pengiktirafan kepada pemandu citra profesional dengan mengambil kira perkara seperti yang berikut: (a) pelaksanaan sesi pandu citra diambil kira sebagai sumbangan luar tugas rasmi di dalam sistem penilaian prestasi; (b) memberi keutamaan untuk mengikuti mana-mana kursus/ seminar/ persidangan/ program berkaitan pandu citra sama ada di dalam atau luar negara; (c) memberi merit untuk mengikuti kursus dalam dan luar negara bagi pembangunan kompetensi pegawai; dan (d) memberi merit untuk pencalonan penerimaan pingat dan pengurniaan darjah kebesaran kepada pegawai. D. Pengurusan Sumber Manusia (PSM) 18. PSM berperanan menjayakan agenda pembudayaan pandu citra di peringkat agensi dengan mengambil tindakan seperti yang berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy