Pengurusan Psikologi

 255 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB A. INTAN 11. Seiring dengan komitmen untuk mentransformasikan dan menambah baik perkhidmatan awam, JPA melalui INTAN bertanggungjawab untuk membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten menerusi program latihan (kursus, bengkel, seminar dan sebagainya) dan program bukan latihan (penyelidikan, penerbitan, pandu citra dan sebagainya). 12. Pelaksanaan pandu citra ini merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam mentransformasikan diri pegawai. Selaras dengan itu, INTAN perlu menerajui inisiatif penerapan nilai kecemerlangan di kalangan pegawai menerusi pelbagai program pandu citra. Peranan utama INTAN sebagai Pusat Kecemerlangan Pandu Citra adalah seperti yang berikut: (a) membangunkan garis panduan dan melaksanakan inisiatif berkaitan dengan pandu citra dalam sektor awam; (b) menjadi pusat rujukan pandu citra dalam sektor awam; (c) menyediakan repositori pemandu citra profesional di dalam Hab Kepakaran INTAN; (d) menyediakan khidmat konsultasi mengenai program pandu citra dan menyediakan sesi pandu citra kepada semua pegawai; (e) menjadi pemangkin dalam memperkenalkan, menyebar luas, membudaya dan meningkatkan pemahaman pandu citra; (f) mentadbir urus semua data yang berkaitan dengan pandu citra; (g) memperakukan pemandu citra profesional sektor awam; (h) memperakukan mana-mana badan berakreditasi dalam bidang pandu citra untuk mentauliahkan pemandu citra; dan (i) menyediakan kaedah pentaksiran dan menilai permohonan pemandu citra profesional. 13. Bagi memastikan peranan INTAN sebagai Pusat Kecemerlangan Pandu Citra sentiasa relevan, INTAN akan melaksanakan kolaborasi dengan semua pihak yang berkepentingan dalam bidang pandu citra. 14. Pelaksanaan pandu citra akan ditadbir urus melalui Jawatankuasa Pandu Citra Sektor Awam yang diurussetiakan oleh INTAN.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy