Pengurusan Psikologi

 254 Jadual 1: Perbezaan Pemanducitraan, Pementoran, Kaunseling Dan Konsultasi Pemanducitraan Satu proses transformatif yang meliputi aspek kesedaran, penemuan dan pembangunan dalam diri seseorang individu yang berfokuskan kepada pencapaian objektif dan matlamat permata citra. Sumber: International Association of Coaching (IAC) Pementoran Perhubungan bermakna yang dibina antara mentor dan menti yang mana mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan. Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian PO.3.1.4 : Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Kaunseling Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Sumber: Akta Kaunselor 1998 [Akta 580] Konsultasi Penyelesaian masalah oleh pakar dalam bidang berkaitan. Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy