Pengurusan Psikologi

 253 8. Manfaat pelaksanaan pandu citra adalah seperti yang berikut: (a) memberi ruang yang kondusif dan selamat kepada permata citra untuk berkongsi maklumat; (b) meningkatkan keyakinan permata citra untuk bertindak bagi mencapai matlamat yang ditetapkan; (c) mengukuhkan akauntabiliti permata citra ke atas tindakan yang diambil; (d) membuka minda permata citra untuk berfikir ke arah penyelesaian; (e) mengupayakan permata citra melihat dengan jelas dalam menentukan tindakan; dan (f) menerokai potensi dan kelebihan diri permata citra untuk mencapai matlamat. 9. Prinsip dan etika pemanducitraan adalah seperti yang berikut: (a) Prinsip pemanducitraan (i) Sesi pandu citra formal yang efektif perlulah dilaksanakan dalam tempoh minimum 30 minit dan maksimum 90 minit; (ii) Sesi pandu citra melibatkan seorang pemandu citra dan seorang permata citra; (iii) Pemandu citra hanya akan bertanya, mendengar dan merumuskan apa yang disampaikan oleh permata citra; (iv) Pemandu citra tidak akan mengemukakan idea, pandangan atau komen ke atas maklumat yang disampaikan oleh permata citra; dan (v) Pemandu citra tidak semestinya berada di dalam bidang kepakaran yang sama dengan permata citra. (b) Etika pemanducitraan (i) Pemandu citra akan bersikap neutral dan tidak bersikap prejudis ke atas maklumat yang disampaikan oleh permata citra; dan (ii) Pemandu citra bertanggungjawab menjaga kerahsiaan semua maklumat yang dikongsikan oleh permata citra semasa dan selepas sesi pandu citra dilaksanakan. 10. Pemanducitraan berbeza dengan pendekatan pengupayaan kendiri yang lain seperti pementoran, kaunseling dan konsultasi seperti di Jadual 1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy