252 dalam Panduan Pelaksanaan Aplikasi Psikologi : Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan dan Panduan Pelaksanaan Mentoring Dalam Pengurusan Sumber Manusia di bawah aspek pembangunan kendiri dalam perkhidmatan awam. Selaras dengan peranan INTAN sebagai Pusat Kecemerlangan Pandu Citra sejak tahun 2021, pelbagai usaha dan inisiatif telah dan akan dilaksanakan bagi membolehkan pegawai mendapat manfaat dan membentuk budaya berteraskan solution-focused menerusi program pembelajaran, pembudayaan dan promosi. 4. Di samping itu, Ceraian ini diwujudkan untuk menambah baik keterangan pandu citra yang dinyatakan dalam panduan di perenggan 3 dan menjelaskan secara khusus berkaitan proses dan inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh agensi berhubung dengan pandu citra. Ceraian ini juga merupakan prosedur pelaksanaan program pandu citra yang boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada Ketua Jabatan dan pengurus sumber manusia dalam menjayakan agenda pembudayaan pemanducitraan dalam sektor awam. OBJEKTIF 5. Objektif pelaksanaan Ceraian ini adalah seperti yang berikut: (a) menjadi dokumen panduan dalam pelaksanaan pandu citra sektor awam; (b) meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada pegawai mengenai pandu citra; (c) menerapkan pemanducitraan sebagai budaya kerja dan pembangunan bakat sektor awam; dan (d) mengiktiraf peranan pemandu citra profesional sektor awam. KONSEP PANDU CITRA 6. Konsep pandu citra meliputi sesi formal yang dirancang secara one-to-one di antara pemandu citra dan permata citra dan sesi tidak formal seperti perbualan secara santai berdasarkan matlamat permata citra. 7. Pandu citra boleh dilaksanakan kepada pegawai yang mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai dan sesuai untuk pegawai yang berhasrat untuk menangani cabaran dan mendapatkan kejelasan dalam sesuatu tindakan serta hendak mencapai kejayaan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy