251 g. “Khidmat Konsultasi Pemanducitraan” merujuk kepada khidmat sesi pandu citra yang ditawarkan oleh pemandu citra profesional yang dilantik secara rasmi oleh agensi; h. “pandu citra” merujuk kepada pendekatan yang digunakan untuk menerokai potensi diri pegawai melalui proses transformatif yang meliputi aspek kesedaran (awareness), penemuan (discovery) dan pembangunan (growth); i. “pegawai” merujuk kepada pegawai yang sedang berkhidmat dan dilantik secara tetap, sementara atau kontrak; j. “pemandu citra” merujuk kepada pegawai yang telah dipilih oleh permata citra (coachee) untuk melaksanakan sesi pandu citra; k. “pemandu citra profesional” merujuk kepada pegawai yang telah hadir CFL dengan jayanya, lulus pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan serta ditauliahkan oleh mana-mana badan berakreditasi dalam bidang pandu citra yang diperakui oleh INTAN; l. “Pembangunan Pengupayaan Kendiri” merujuk kepada program yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan diri pegawai; m. “permata citra” merujuk kepada pegawai yang mendapatkan khidmat sesi pandu citra daripada seorang pemandu citra; n. “Program Pentauliahan Pemandu Citra Profesional (PCP)” merujuk kepada program pentauliahan yang dianjurkan oleh mana-mana badan berakreditasi yang diiktiraf dalam bidang pandu citra dan diperakui oleh INTAN; o. “sesi pandu citra” merujuk kepada perbualan yang berstruktur di antara permata citra dan pemandu citra dalam tempoh antara 30 hingga 90 minit bergantung kepada matlamat permata citra. LATAR BELAKANG 3. Pandu citra merupakan salah satu pendekatan yang memberi nilai tambah kepada pegawai bagi mengenal pasti keupayaan dan menjana kreativiti dalam mencapai matlamat yang disasarkan. Ia juga memberi ruang dan peluang untuk pegawai menyedari potensi yang ada pada diri sendiri (self-awareness) menerusi kemahuan untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Pendekatan pandu citra ini telah dinyatakan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy