2-2 PANDUAN KEPADA MENTOR DAN MENTI Menti perlu mengisi borang ini pada permulaan sesi pertemuan dengan bimbingan mentor. Manakala mentor perlu mengisi borang yang sama setelah tamat perhubungan pementoran. Borang ini perlu dikemukakan kepada Urus setia Program Pengupayaan Kendiri di peringkat Jabatan masing-masing. Bagi menghasilkan penilaian yang berkesan mentor dan menti perlu memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut:- v. Menti perlu mengisi borang dengan sejujur yang mungkin dan penilaian mestilah berdasarkan kompetensi semasa yang dimiliki sementara mentor perlu mengisi borang berdasarkan perkembangan menti dalam pementoran hasil pemerhatian yang berterusan. vi. Mentor dan menti perlu memastikan borang dihantar kepada penyelaras program pementoran mengikut tempoh-tempoh yang ditetapkan iaitu pada proses taaruf bagi menti dan proses penamatan bagi mentor. Laporan ini akan dijadikan sebagai alat pengukur keberkesanan program pementoran ke atas pegawai berkenaan. vii. Untuk mengisi borang laporan ini, mentor dan menti perlu menentukan pencapaian kompetensi semasa berdasarkan kedudukan tahap kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial dengan menandakan () di petak skala yang disenaraikan di bawah, yang difikirkan bersesuaian untuk menggambarkan kedudukan sebenar pegawai pada masa laporan disediakan. viii. Kadar skala penilaian pementoran kompetensi menti yang ditetapkan adalah seperti berikut:- Cemerlang Baik Sederhana PANDUAN PENGISIAN BORANG
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy