Pengurusan Psikologi

 234 5. Panduan Aplikasi Psikologi dalam pengurusan sumber manusa sektor awam tidak menjelaskan secara spesifik dan menyeluruh berhubung proses perhubungan pementoran yang berstruktur dan sistematik. Sehubungan itu, Ceraian ini dikeluarkan bagi menjelaskan skop, konsep dan prosedur pelaksanaan program pementoran dalam sektor awam yang boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada pengurus sumber manusia untuk melaksanakan program pementoran secara berkesan. TAFSIRAN 6. Bagi maksud panduan ini: (i) “Pementoran Kompetensi” merujuk kepada aktiviti perhubungan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor untuk pembangunan diri menti. (ii) “Mentor” merujuk kepada seorang pegawai yang dilantik oleh Ketua Jabatan untuk membimbing pembangunan dan perkembangan diri seorang pegawai. (iii) “Menti” merujuk kepada pegawai yang memerlukan bantuan/bimbingan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam pekerjaan dan kehidupan harian, sama ada secara sukarela atau dipilih. (iv) “Intervensi” merujuk kepada langkah-langkah yang diambil dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai. (v) “Program Pengupayaan Kendiri” merujuk kepada program yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan diri pegawai termasuk mereka yang berprestasi rendah dan bermasalah. OBJEKTIF PEMENTORAN KOMPETENSI 7. Pementoran kompetensi dalam Sektor Awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti dengan objektif supaya penjawat awam kompeten dari segi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baharu dan dinaikan pangkat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy