233 Lampiran PO.3.1.4(A) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMENTORAN KOMPETENSI SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Garis panduan ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan Pementoran Kompetensi Sektor Awam. LATAR BELAKANG 2. Program Pementoran Dalam Sektor Awam merupakan salah satu program yang terkandung di bawah Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. 3. Dalam panduan tersebut, pelaksanaan Program Pementoran secara umum telah dijelaskan dalam Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi melalui Program Pengupayaan Kendiri (PPK) yang merupakan satu kaedah dalam mengurus sumber manusia bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai. Program ini merangkumi aspek penilaian, pembangunan, bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri. 4. Bagi mencapai hasrat mempertingkatkan kecemerlangan pegawai awam, empat program utama telah digabungkan dalam Program Pengupayaan Kendiri yang berfungsi secara matrik iaitu: (i) Program Penilaian Pekerja. (ii) Program Pementoran. (iii) Program Pembimbing Rakan Sekerja. (iv) Program Kaunseling.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy