Pengurusan Psikologi

 232 7. Dalam konteks sektor awam, program pementoran menyumbang kepada peningkatan tahap keberkesanan kerja, pembinaan kepimpinan masa depan serta pengukuhan budaya kerja. Melalui pelaksanaan Ceraian ini, diharapkan ketua jabatan, pengurus sumber manusia serta semua penjawat awam memperoleh kefahaman menyeluruh mengenai fungsi pementoran dalam meningkatkan kecemerlangan diri dan organisasi. PENGIKTIRAFAN 8. Penyertaan menti dalam program pementoran boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada aktiviti pembangunan kompetensi di bawah pelan latihan kementerian/ jabatan dan agensi. Manakala bagi mentor, penglibatan dalam membimbing menti boleh diberi pengiktirafan melalui sistem penilaian prestasi seperti MyPerformance pada tahun pegawai berkenaan dinilai. PERTANYAAN 9. Sebarang pertanyaan mengenai Ceraian ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 10. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam, adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy