Pengurusan Psikologi

 17 PO.3.1.4 pembangunan, bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri. 5. Bagi mencapai hasrat mempertingkatkan kecemerlangan pegawai awam, empat program utama telah digabungkan dalam Program Pengupayaan Kendiri yang berfungsi secara matrik iaitu: a. Program Penilaian Pekerja; b. Program Pementoran; c. Program Pembimbing Rakan Sekerja; dan d. Program Kaunseling. 6. Panduan Aplikasi Psikologi dalam pengurusan sumber manusa sektor awam tidak menjelaskan secara spesifik dan menyeluruh berhubung proses perhubungan pementoran yang berstruktur dan sistematik. Sehubungan itu, Ceraian ini dikeluarkan bagi menjelaskan skop, konsep dan prosedur pelaksanaan program pementoran dalam perkhidmatan awam yang boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada pengurus sumber manusia untuk melaksanakan program pementoran secara berkesan. OBJEKTIF PEMENTORAN 8. Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti dengan objektif supaya penjawat awam kompeten dari segi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baharu dan dinaikan pangkat. KONSEP PEMENTORAN 9. Pogram pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang bersifat jangka panjang. 10. Program coaching berfokus kepada peningkatan kemahiran dan kompetensi kerja yang bersifat jangka pendek dan program kaunseling berfokus kepada pembangunan dan peningkatan potensi diri pegawai untuk memangkin perubahan tingkah laku positif. 11. Pementoran merupakan perhubungan bermakna yang dibina antara mentor dan menti di mana mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy