Pengurusan Psikologi

 1-9 d. Maklum Balas Pelanggan Maklum balas pelanggan boleh diperoleh dari borang kepuasan pelanggan, keratan akhbar, data dari Biro Pengaduan Awam dan sebagainya. e. Laporan Penyelia Borang penilaian selepas kursus perlu diserahkan kepada penyelia terbabit. Hasil dari penilaian ini dapat membantu kementerian dan jabatan untuk memperbaiki aspek-aspek dalam modul kursus dan program yang dilaksanakan di samping untuk melihat pegawai yang perlu dipertimbangkan mengikuti kursus atau program seterusnya. f. Senarai Semak Senarai semak membantu kementerian dan jabatan menyemak aspek-aspek seperti kehadiran bekerja, kualiti sistem penyampaian perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan kerja berpasukan secara berkala. g. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Laporan LNPT dapat membantu melihat sejauh mana pencapaian pegawai setelah mengikuti program-program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. h. Key Performance Indicator (KPI) Key Performance Indicator (KPI) merupakan alat yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi organisasi. PENUTUP 7. Kementerian atau jabatan harus mengambil tindakan bagi melaksanakan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. Justeru, ketua jabatan perlu menyediakan sumbersumber seperti prasarana dan kewangan untuk menjalankan aktiviti dan program berkaitan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy