Pengurusan Psikologi

 1-8 v. Persekitaran yang Menggalakkan Kementerian atau jabatan perlu menyediakan persekitaran yang memudahkan pegawai untuk mengamalkan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. Contohnya, kementerian atau jabatan itu menyediakan persekitaran kerja yang memenuhi ciri-ciri ergonomik untuk memberikan keselesaan kepada pegawai-pegawai melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan. vi. Latihan atau Kursus yang Berkaitan Ketua jabatan perlu memastikan pegawai dapat menjalankan tugas dengan efisien. Kementerian dan jabatan harus menyediakan latihan dan kursus yang berkaitan dengan bidang tugas. 6. Ketua jabatan perlu melaksanakan penilaian keberkesanan program-program yang telah diadakan. Contoh penilaian boleh dilaksanakan seperti berikut: a. Borang Penilaian Program atau Kursus Borang penilaian ini boleh diberi sebelum dan selepas kursus atau program yang dijalankan bagi mengetahui keberkesanan program dan kursus itu terhadap personaliti dan mutu kerja pegawai. b. Kajian Persepsi Keberkesanan Program Kajian ini membantu untuk menilai keberkesanan program yang dijalankan dan aspek-aspek yang boleh diperbaiki. c. Sistem Pengurusan Audit Nilai Kaedah ini dapat menilai keberkesanan program-program nilai murni dalam perkhidmatan awam selaras dengan Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 tahun 1998, Siri 7 No. 1 Tahun 2007 iaitu Gerakan Pemantapan dan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam di Agensi Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy