Pengurusan Psikologi

 1-7 ix. Program Coaching dan Pementoran x. Program Pembimbing Rakan Sekerja xi. Program Kaunseling c. Program Tahap Pengukuhan Kendiri Program Tahap Pengukuhan Kendiri merujuk kepada pengamalan dan penghayatan nilai-nilai terpuji pegawai itu sehingga ia menjadi satu tabiat atau amalan biasa dalam kehidupan seharian. Beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencapai kepada pengukuhan kendiri ialah: i. Kepimpinan Melalui Teladan Organisasi yang cemerlang bermula dari kepimpinan yang terpuji. Pemimpin yang mempamerkan akhlak yang terpuji akan mendorong pegawainya secara tidak langsung mempamerkan mutu kerja dan nilai murni seperti ketuanya. ii. Penghargaan Penghargaan dapat memberi motivasi kepada individu untuk terus memberi komitmen kepada organisasinya. Penghargaan bukan setakat anugerah tetapi juga kata-kata yang menghargai seseorang atas kerja yang dilakukannya. iii. Peluang Kenaikan Pangkat Peluang kenaikan pangkat harus diberikan secara adil mengikut prosedur yang ditetapkan. iv. Pengurusan yang Bersifat Humanistik Pengurusan yang bersifat humanistik akan memberi keyakinan kepada individu bahawa organisasi tempat beliau bertugas menjaga kebajikan pegawai-pegawainya. Ini secara tidak langsung meningkatkan komitmen kepada organisasinya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy