Pengurusan Psikologi

 216 pengukuhan kendiri. Sehubungan itu, satu penilaian keberkesanan program budaya kerja pencapaian diutamakan harus dilakukan selepas enam bulan. Soal selidik atau diagnosis perlu diedarkan semula selepas dua tahun pelaksanaan program untuk menilai tahap pengamalan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan di kementerian atau jabatan. 4. Secara ringkas, model pelaksanaan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan adalah seperti Rajah 1 di bawah: Rajah 1: Model Pelaksanaan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan 5. Perancangan dan pelaksanaan program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan melibatkan tiga tahap pelaksanaan iaitu tahap kesedaran, penghayatan dan pengukuhan kendiri. a. Program Tahap Kesedaran Program kesedaran ialah langkah pertama bagi mewujudkan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. Pembudayaan ilmu perlu menjadi agenda utama dalam pembudayaan kerja pencapaian diutamakan kerana pengetahuan adalah asas kepada maklumat yang membenarkan seseorang itu untuk menjalankan tugas. Dalam membudayakan ilmu ini, kementerian atau jabatan boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut: Kajian Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan Merancang Program Program Tahap Kesedaran Program Tahap Penghayatan Program Tahap Pengukuhan Kendiri Penilaian Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy