Pengurusan Psikologi

 1-4 PELAKSANAAN BUDAYA KERJA PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 3. Ketua jabatan hendaklah mengambil tindakan untuk mewujudkan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan melalui program-program yang difikirkan sesuai. Dalam mengenal pasti keperluan tersebut, ketua jabatan dikehendaki melaksanakan kajian berpandukan soal selidik atau diagnosis yang bersesuaian. Hasil daripada kajian itu akan dapat menjelaskan program-program yang bersesuaian serta tahap pembudayaan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan di kementerian atau jabatan berkenaan. Program-program itu dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap kesedaran, tahap penghayatan dan tahap pengukuhan kendiri. Sehubungan itu, satu penilaian keberkesanan program budaya kerja pencapaian diutamakan harus dilakukan selepas enam bulan. Soal selidik atau diagnosis perlu diedarkan semula selepas dua tahun pelaksanaan program untuk menilai tahap pengamalan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan di kementerian atau jabatan. 4. Secara ringkas, model pelaksanaan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan adalah seperti Rajah 1 di bawah: Rajah 1: Model Pelaksanaan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan 5. Perancangan dan pelaksanaan program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan melibatkan tiga tahap pelaksanaan iaitu tahap kesedaran, penghayatan dan pengukuhan kendiri. Kajian Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan Merancang Program Program Tahap Kesedaran Program Tahap Penghayatan Program Tahap Pengukuhan Kendiri Penilaian Program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy