Pengurusan Psikologi

 1-3 c. Relevan Memastikan supaya tindakan dan perkhidmatan yang diberikan sentiasa diperbaharui. Penambahbaikan pula perlu berterusan supaya sesuai dengan kehendak semasa. Contohnya, organisasi sentiasa memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan bersesuaian dengan keperluan semasa. d. Daya Saing Mempunyai kelebihan dan keunikan tertentu dalam menyampaikan perkhidmatan agar sentiasa diingati, dihargai dan mampu bersaing sehingga bertaraf dunia. Contohnya, organisasi sentiasa menggalakkan pegawai agar sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik yang memberi impak kepada organisasi. e. Amanah, Adil dan Integriti Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah, adil dan berintegriti. Ia dapat direalisasikan melalui pembinaan akhlak mulia, etika serta nilai murni. Contohnya, pegawai tidak menyalahgunakan harta pejabat demi kepentingan peribadi. f. Nilai Tambah dan Kelainan Sentiasa mencipta kelainan dan memberi nilai tambah dalam diri individu, kumpulan dan organisasi yang turut diperlihatkan ketika menyampaikan perkhidmatan. Contohnya, pihak pengurusan menggalakkan pegawai memberi cadangan dan pendapat dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. d. Arif dan Berilmu Melakukan sesuatu tindakan atau keputusan yang bijaksana dan mengamalkan pembelajaran berterusan bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan. Contohnya, organisasi menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan pegawai dan menganjurkan kursus-kursus yang dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy