Pengurusan Psikologi

 1-2 v. Minda Beretika Kemampuan untuk mematuhi, mengikuti dan menunaikan setiap peranan sebagai seorang insan sama ada di tempat kerja atau dalam masyarakat. b. Cara Berasa dan Menghayati Seseorang itu haruslah mempunyai kebolehan memahami serta mengurus emosinya dan emosi orang lain. Hasil kebolehan tersebut, seseorang itu berupaya memenuhi tuntutan perkhidmatan berkualiti yang diinginkan oleh organisasinya. Seterusnya ia dapat meningkatkan lagi hubungan peribadi dan interpersonal ketika menyampaikan perkhidmatan. c. Cara Bertindak dan Berperilaku Seseorang penjawat awam memperlihatkan perlakuan dan amalan baik serta terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Mereka juga perlu mempunyai sikap ingin tahu dan mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan. 2. Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan boleh diamalkan berasaskan tujuh prinsip melalui proses tindakan bersepadu yang merangkumi pemikiran, emosi dan tingkah laku bagi melaksanakannya. Prinsip-prinsip yang dimaksudkan ialah: a. Pantas dan Positif Mempunyai hasrat untuk melakukan sesuatu dengan cepat, responsif dan sentiasa memikirkan langkah-langkah memaju dan mempertingkatkan kualiti diri, perkhidmatan dan organisasi. Contohnya, memberi perkhidmatan yang pantas dan berkesan kepada pelanggan. b. Empati Mempunyai kebolehan memahami bagaimana orang lain melihat dan merasa terhadap sesuatu perkara. Perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan sekiranya kita berupaya menghayati kehendak orang lain sebagaimana kita hendak orang lain melakukannya terhadap diri kita. Contohnya, bersedia memberi bantuan kepada rakan sekerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy