Pengurusan Psikologi

 1-1 LAMPIRAN PO.3.1.3(A) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN APLIKASI PSIKOLOGI: BUDAYA KERJA PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ASPEK-ASPEK BUDAYA KERJA PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 1. Konsep Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan merangkumi tiga aspek penting iaitu: a. Cara Berfikir dan Pemikiran Penjawat awam perlu berminda positif, rasional dan bijaksana supaya dapat memberi kebaikan dan kesejahteraan diri serta orang lain. Pemikiran ini mempunyai elemen-elemen berikut: i. Minda Disiplin Penguasaan kepada disiplin termasuk ilmu sains, matematik, sejarah atau sekurang-kurang satu disiplin ilmu. Ilmu ini akan dapat dimanfaatkan dalam pekerjaan dan kehidupan. ii. Minda Sintesis Kemampuan untuk mengintegrasikan idea dari pelbagai disiplin kepada konsep yang mudah difahami dan idea itu dapat disampaikan kepada orang lain. iii. Minda Mencipta Kemampuan untuk mengolah dan menjelaskan permasalahan atau fenomena kepada pendekatan baru yang lebih baik. iv. Minda Menghormati Kesedaran dan penghargaan terhadap keunikan individu yang mempunyai potensi diri, nilai dan cara hidup yang berbeza.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy