Pengurusan Psikologi

 14 PO.3.1.3 c. Relevan d. Daya Saing e. Amanah, Adil dan Integriti f. Nilai Tambah dan Kelainan g. Arif dan Berilmu PELAKSANAAN 10. Ceraian ini boleh dijadikan panduan dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia di kementerian dan jabatan kerajaan. Perancangan dan pelaksanaan program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan merangkumi tiga tahap iaitu kesedaran, penghayatan dan pengukuhan kendiri. Sebagai panduan, sila rujuk Lampiran PO.3.1.3(A), Lampiran PO.3.1.3(B) dan Lampiran PO.3.1.3 (C). Tanggungjawab Ketua Jabatan 11. Ketua-ketua jabatan bertanggungjawab memastikan pembudayaan kerja pencapaian diutamakan dapat dilaksanakan oleh kementerian dan jabatan di bawah seliaan masing-masing. Arahan ini dapat dijadikan panduan kepada semua kementerian, jabatan atau mana-mana agensi dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran, penghayatan dan pengukuhan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. Pertanyaan 12. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Ceraian ini, boleh merujuk kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pengurusan Psikologi Aras 3, Blok C3, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA Tel : 03-8885 5211/ 5212 Faks : 03-8881 0573 E-mel : dasar.bpps@jpa.gov.my

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy