Pengurusan Psikologi

 1-20 14.2 PYDM dikehendaki: (a) mendapatkan bantuan psikologi daripada Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi atau ahli profesional kesihatan mental yang boleh membantu PYDM menghentikan perlakuan gangguan seksual atau sekiranya dikenakan tindakan tatatertib ; dan (b) menghadiri bengkel, kursus atau program pemahaman gangguan seksual dan peningkatan kendiri. 14.3 Ketua Jabatan hendaklah: (a) memberi pemahaman dan mewujudkan kesedaran berhubung perlakuan gangguan seksual di tempat kerja; (b) mewujud dan nıemelihara suasana tempat kerja yang kondusif serta bebas daripada perlakuan gangguan seksual di tempat kerja; (c) merujuk Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual mendapatkan perkhidrnataıı psikologi; dan (d) mengambil tindakan ınenurut peraturan sedia ada. 15. PROGRAM PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA 15.1 Gangguan seksual boleh dicegah daripada berlaku dı tempat kerja. Tindakan ini selaras dengan konsep yang mana mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Antara program pencegahan yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan taklimat bagi mewujudkan kesedaran dan memberi penjelasan serta pemahaman kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Awam berhubung: (a) maksud gangguan seksual berdasarkan peraturan 4A Peraturan Pegawai Awam;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy