Pengurusan Psikologi

 1-19 (c) Kesan Kes Gangguan Seksual Kepada Organisasi Organisasi juga boleh mengalami kesan negatif seperti: (i) dari aspek pelaksanaan tugas, Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual cenderung mempamerkan penurunan produktiviti, kualiti dan motivasi; (ii) Pegawai Awam juga cenderung untuk meletakkan jawatan sebagai pilihan terakhir sekiranya Pegawai Awam berasakan gangguan seksual telah menjadi lebih serius; (iii) tindakan Pegawai Awam meletakkan jawatan boleh rneningkatkan kos operasi kerana Ketua Jabatan perlu melatih pekerja baru; dan (iv) sekiranya gangguan seksual melibatkan pihak luar, imej Pegawai Awam dan organisasi juga turut terjejas apabila isu gangguan seksual diwar-warkan kepada umum. 14. MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PENGADU, PEGAWAI YANG DISYAKI MENGGANGGU DAN KETUA JABATAN 14.1 Pengadu boleh menangani kesan gangguan seksual dengan: (a) memaklumkan kejadian gangguan seksual kepada Pegawai Awam lain agar ınereka dapat meınberikan sokongan, meningkatkan kesedaran Pegawai Awam lain dari mengalami gangguan seksual dan mengemukakan aduan sekiranya mereka juga pernah mengalami gangguan seksual; (b) mendapatkan bantuan psikologi daripada Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi atau ahli profesional kesihatan mental yang boleh mengendalikan kesan gangguan seksual; dan (c) menghadiri bengkel, kursus atau program kemahiran peningkatan kcndiri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy