1-18 (iv) Kesan Psikologi Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual juga cenderung untuk mengalami kemurungan, kebimbangan, kenıarahan, ketakutan, kekecewaan, keaiban, kekeliruan, fobia, panik, berasa rendah diri, tidak berdaya (tidak berupaya), mengasingkan diri atau menyalahkan diri sendiri. (v) Kesan Keruntuhan Akhlak Dalam situasi yang mana tiada sebarang bantuan atau sokongan diberikan kepada Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual, Pegawai boleh terjurus ke arah permasalahan keruntuhan akhlak yang boleh menjejaskan inıej organisasi. (b) Kesan Kes Gangguan Seksual Ke Atas PYDM PYDM juga boleh mengalami kesan negatif seperti: (i) menjejaskan kemajuan kerjaya dan masa depan PYDM; (ii) menjejaskan kesejahteraan dan hubungan kekeluargaan di antara PYDM dan keluarga yang mana mereka mungkin berasa malu, rendah diri, kecewa, sukar menerima kenyataan, hilang kepercayaan dan mengasingkan diri; dan (iii) sekiranya aduan yang dikemukakan adalah palsu, atau PYDM mclakukan sesuatu perbuatan “gangguan seksual” dengan suci lıati, maka aduan terhadap PYDM boleh menyebabkan PYDM mengalami kemurungan, kebimbangan, ketakutan, kekecewaan, keaiban, kekeliruan atau mengasingkan diri.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy