1-15 10.3 Sekiranya PYDM adalah Pegawai Awam, Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi hendaklah — (a) memberitahu PYDM secara bertulis bahawa suatu aduan gangguan seksual telah dibuat terhadapnya dan menetapkan temu janji dengan PYDM untuk membincangkan perkara tersebut; (b) menjaga aspek kerahsiaan dalam menguruskan pemberitahuan tersebut dan PYDM juga diminta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan orang lain; (c) merekodkan pernyataan yang dikemukakan oleh PYDM semasa sesi temu bual; (d) memberi PYDM masa yang mencukupi dan peluang untuk membuat pernyataan berhubung aduan tersebut; (e) nıendengar tanpa prasangka, mempamerkan empati, nıengemukakan soalan yang bersesuaian dan menyedari kesan negatif yang dialami oleh PYDM; dan (f) mengambil pendekatan psikologi atau tindakan lain yang bersesuaian dan menyediakan laporan penilaian psikologi kepada UI. Sila nıjuk carta aliran seperti di Lampiran F. 10.4 Sekiranya PYDM adalah Ketua Jabatan, Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi hendaklah — (a) mengambil tindakan seperti yang dinyatakan di perenggan 10.3(a) hingga (f) di atas sekiranya Ketua Jabatan berpangkat setaraf dengan Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi; atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy