1-12 8.2 Aduan Oleh Pihak Ketiga Sekiranya seseorang mempunyai maklumat atau menjadi saksi kepada perlakuan gangguan seksual yang berlaku ke atas atau dilakukan oleh seorang Pegawai Awam, orang tersebut boleh membuat aduan kepada UI di Jabatan yang berkaitan. lndividu berkenaan hendaklah ınemberikan keterangan yang mencukupi berhubung kejadian gangguan seksual itu. Semua pihak yang terlibat dalam nıengendalikan aduan ini, hendaklah menjaga kerahsiaan aduan tersebut. 9. TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH UNIT INTEGRITI 9.1 Pegawai yang menerima aduan di UI hendaklah mengisi Borang Aduan Salah Laku Gangguan Seksual seperti di Lampiran E. 9.2 Setelah menerima aduan, UI hendaklah mendapatkan butir-butir keterangan berkaitan dengan kes yang diadukan dan mengemukakan laporan kepada Urus Setia Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) untuk tindakan selanjutnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sekiranya keterangan yang diperoleh adalah mencukupi. 9.3 Sekiranya keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk dibawa kepada Urus Setia PBTT, UI hendaklah mengambil tindakan di bawah perenggan 9.4 atau 9.5 atau kedua-duanya sekali, sekiranya perlu. Sila rujuk carta aliran seperti di Lampiran C. 9.4 Merujuk Kepada Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi (a) UI boleh merujuk aduan kes gangguan seksual kepada Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi bagi nıendapatkan laporan penilaian psikologi untuk ınelengkapkan keterangan kes. (b) Setelah penilaian psikologi dilaksanakan, Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi hendaklah mengemukakan laporan penilaian psikologi kepada UI.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy