1-5 5. KATEGORI GANGGUAN SEKSUAL YANG DIPERUNTUKKAN DALAM PERATURAN 4A P.U.(A)395/1993 5.1 Peraturan 4A(1) P.U.(A)395/1993, menegah seseorang Pegawai Awam daripada melakukan gangguan seksual. Berbagai bentuk perlakuan atau pernyataan boleh terjumlah kepada gangguan seksual. Bentuk perlakuan atau pernyataan ini dijelaskan lebih lanjut dalam perenggan 6. Beberapa kategori gangguan seksual yang digambarkan dalam peraturan 4A(1) P.U.(A)395/1993 adalah: (a) Cubaan Untuk Merapati Orang Lain Secara Seksual Secara umum, semua kategori dan bentuk perlakuan serta gangguan seksual termasuk dalam perbuatan “merapati orang lain secara seksual”. Perbuatan Ini mengambil berbagai bentuk dan dilakukan dengan berbagai cara seperti yang dijelaskan dalam perenggan 6. Ia boleh berlaku sekali sahaja atau berulang kali sehingga mendapat reaksi daripada Pengadu. (b) Meminta Layanan Seksual Daripada Orang Lain Kategori gangguan seksual ini lebih khusus dan boleh berlaku dalaın keadaan Pegawai Awam meınpunyai kuasa atau dianggap mempunyai kuasa untuk ınemberikan sesuatu faedah atau ganjaran tertentu kepada Pengadu (quid pro quo atau this in return for that) seperti penilaian prestasi yang baik, peluang peningkatan kerjaya, ganjaran dan faedah-faedah lain yang dijanjikan sekiranya Pengadu bersetuju memberikan layanan seksual kepada Pegawai Awaın tersebut. Sebagai contoh: (i) seorang Pegawai Awam menjanjikan markah penilaian prestasi yang cemerlang sebagai ganjaran apabila Pengadu yang merupakan Pegawai di bawalı seliaannya memenuhi kehendak seksual yang diminta atau disyaratkan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy