Pengurusan Psikologi

 9 CERAIAN PO.3.1.2 GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KES GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam mengendalikan kes gangguan seksual di tempat kerja. LATAR BELAKANG 2. Gangguan seksual merupakan salah satu perlakuan yang dilarang mengikut peraturan 4A Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993[P.U.(A)395/1993]. Sekiranya seseorang Pegawai Awam didapati telah melakukan gangguan seksual, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d) P.U.(A)395/1993. 3. Gangguan seksual ditakrifkan sebagai sebarang kelakuan berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau lizikal, atas sebab yang munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut. Gangguan seksual boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sama ada berlainan atau sesama jantina. PELAKSANAAN 4. Bagi menambah baik prosedur sedia ada dalam mengendalikan kes gangguan seksual dan mempercepatkan proses tindakan tatatertib yang boleh diambil ke atas pegawai awam yang disyaki terlibat, Kerajaan telah bersetuju supaya garis panduan sedia ada ditambah baik. 5. Garis panduan ini turut mengandungi huraian lanjut berhubung kategori dan jenis perlakuan gangguan seksual, kesan gangguan seksual dan program pencegahan gangguan seksual di tempat kerja. Melalui garis panduan ini, ia diharap dapat inendidik dan memberi kefahaman kepada pegawai serta ketua jabatan dalain usaha meinelihara perhubungan di tempat kerja agar menjadi lebih harmoni, saling hormat menghormati dan meningkatkan nilai budi bahasa serta integriti pegawai. 6. Pelaksanaan garis panduan ini, Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja adalah seperti di Lampiran PO.3.1.2(A).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy