Pengurusan Psikologi

 8-14 d) Memantau kehadiran, pencapaian tugasan dan rekod log harian pegawai sepanjang tempoh intervensi; i. Kehadiran dan Cuti Bagi kehadiran dan cuti, penyelia perlu mengenalpasti dan memberi teguran terhadap permasalahan seperti kelewatan, ponteng dan pergerakan pegawai dan maklumat cuti pegawai (Rujuk LAMPIRAN B: Program Penilaian Pekerja dalam LAMPIRAN PO.3.1.1(G). ii. Pencapaian Tugasan Memastikan pegawai melaksanakan tugasan seperti yang ditetapkan dalam deskripsi tugas hakiki. iii. Log Harian Memastikan pegawai merekodkan setiap tugasan dalam log harian dan disahkan oleh Penyelia. e) Menyediakan laporan bulanan yang merangkumi maklumat seperti prestasi, kehadiran, cuti dan keakuran rawatan pegawai (LAMPIRAN D2); f) Menyediakan Laporan Naziran (LAMPIRAN C7) sekiranya lawatan naziran diadakan (jika perlu); g) Merancang dan mencadangkan pegawai untuk menghadiri program pembangunan potensi yang bersesuaian (jika perlu); h) Sekiranya pegawai didapati memerlukan tempoh pelanjutan untuk menjalani pemantauan, maka permohonan hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengurus Sumber Manusia (LAMPIRAN C10); i) Sekiranya permohonan lanjutan dipersetujui, sesi pemantauan akan diteruskan berdasarkan kepada tempoh masa yang diluluskan; j) Sekiranya permohonan lanjutan tidak dipersetujui, sesi pemantauan akan ditamatkan dan laporan pemantauan hendaklah dikemukakan kepada pihak Pengurus Sumber Manusia;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy