3 (iii) Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian yang bertanggungjawab terhadap HRMIS. 6. Kementerian/Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa atau pasukan yang setara seperti yang dinyatakan di perenggan lima (5) untuk membantu JPA memantau pelaksanaan HRMIS di agensi masing-masing. 7. Meja Bantuan HRMIS diwujudkan di peringkat JPA dan agensi bagi menguruskan aduan serta cadangan penambahbaikan sistem HRMIS. Tanggungjawab Dalam Pelaksanaan HRMIS 8. Pelaksanaan HRMIS merupakan tanggungjawab kepada semua pihak yang terlibat iaitu JPA, ketua agensi, Ketua Perkhidmatan, pentadbir agensi dan Pemilik Kompetensi (Competency Owner – CO). (i) Tanggungjawab JPA ialah untuk: (a) Menentukan hala tuju serta dasar pelaksanaan HRMIS dalam Perkhidmatan Awam; (b) Memastikan pelaksanaan dan peluasan HRMIS berjalan lancar selari dengan dasar PSM sektor awam melalui perancangan, pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan bersama agensi; (c) Menyelaras dan membangunkan keperluan baharu PSM yang melibatkan penambahbaikan proses dan sistem dalam HRMIS; (d) Bertanggungjawab terhadap kelancaran pengoperasian sistem HRMIS dan menyediakan khidmat nasihat teknikal serta khidmat meja bantuan; dan (e) Menganjurkan pengurusan perubahan dan latihan HRMIS. (ii) Tanggungjawab ketua agensi/Ketua Perkhidmatan ialah untuk: (a) Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS; (b) Menubuhkan jawatankuasa atau pasukan untuk memantau pelaksanaan HRMIS;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy