2 3. HRMIS merupakan sistem maklumat Pengurusan Sumber Manusia (PSM) bersepadu yang membantu menjayakan perancangan strategik PSM seperti pelan penggantian, penentuan saiz perkhidmatan awam dan pembangunan karier penjawat awam. Ia merangkumi keseluruhan proses pengurusan dan pembangunan sumber manusia iaitu: (i) Data Perjawatan; (ii) Perolehan Sumber Manusia; (iii) Pengurusan Rekod Peribadi; (iv) Penilaian Kompetensi; (v) Pembangunan Sumber Manusia; (vi) Pengurusan Prestasi; (vii) Pengurusan Kerjaya; (viii) Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran; (ix) Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja; (x) Formulasi dan Penilaian Strategi, dan (xi) Penamatan Perkhidmatan. 4. Pelaksanaan HRMIS menjadi landasan bagi membolehkan semua data dan maklumat berkaitan sumber manusia sektor awam disepadukan. Profil Perjawatan dan Profil Peribadi Penjawat Awam merupakan komponen utama kepada pengoperasian dan perancangan strategik sumber manusia perkhidmatan awam. PELAKSANAAN Tadbir Urus HRMIS 5. Untuk melancarkan tadbir urus pelaksanaan HRMIS, tiga (3) jawatankuasa utama diwujudkan di peringkat agensi pusat (Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA) iaitu: (i) Jawatankuasa Pemandu HRMIS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); (ii) Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy