1-19 9.2 Penyenggaraan Perkakasan dan Perisian Kerja-kerja penyenggaraan kemudahan infrastruktur di agensi adalah tanggungjawab agensi sendiri. JPA hanya bertanggungjawab bagi perkakasan dan perisian di Pusat Data JPA. 10. CAPAIAN HRMIS HRMIS boleh dicapai melalui: (i) Portal JPA di https://www.jpa.gov.my; (ii) Portal HRMIS di https://www.eghrmis.gov.my; dan (iii) Aplikasi mudah alih (bagi fungsi tertentu HRMIS) iaitu MyHRMIS Mobile boleh dimuat turun menerusi Google Play Store, Apple Store, Huawei App Gallery atau Gallery of Malaysian Government Mobile Applications (GAMMA). 11. MANUAL PENGGUNA HRMIS Panduan pelaksanaan terperinci bagi setiap modul/ sub modul HRMIS boleh dirujuk melalui Manual Pengguna HRMIS. Manual ini boleh dimuat turun melalui Portal HRMIS di https://www.eghrmis.gov.my. 12. MEJA BANTUAN HRMIS 12.1 Pusat Meja Bantuan JPA telah diwujudkan bagi membantu pengguna membuat aduan berkaitan permasalahan yang dihadapi khususnya semasa menggunakan HRMIS. 12.2 Saluran-saluran yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklum balas atau aduan serta cadangan penambahbaikan ialah melalui: (i) Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA; (ii) Aplikasi mudah alih MyHRMIS Mobile;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy