1-18 8.2 Agensi perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang berikut bagi membolehkan sistem HRMIS digunakan: (i) Melantik seorang pegawai kanan sebagai Pentadbir Sistem yang bertanggungjawab menyediakan hak capaian mengikut peranan pegawai dalam proses PSM; (ii) Menyediakan/ melengkapkan nilai dalam jadual rujukan (look-up table); (iii) Melengkapkan maklumat sandangan pegawai, jawatan sebenar, unit organisasi dan aktiviti organisasi; (iv) Menetapkan aliran kerja mengikut peranan pegawai; (v) Melengkapkan maklumat personel bagi setiap pegawai; (vi) Memasukkan data dalam profil perkhidmatan; (vii) Memasukkan data transaksi tertentu bagi membolehkan sesuatu modul dilaksanakan; dan (viii) Mewujudkan kumpulan teras (core team) yang perlu dilatih sebagai jurulatih di peringkat agensi. 9. PERKAKASAN DAN PERISIAN 9.1 Kemudahan Infrastruktur Agensi bertanggungjawab menyediakan kemudahan peralatan dan capaian HRMIS serta membuat peningkatan dari segi kemampuan dan bilangan komputer yang sesuai di agensi masing-masing. JPA akan membantu dari segi keperluan teknikal dan khidmat nasihat berhubung perkara ini.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy