1-16 7.5 Pasukan Kerja dan Pemantauan HRMIS di Agensi (i) Keahlian Pasukan ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Bahagian Sumber Manusia di agensi. Keahlian pasukan ini di agensi terdiri daripada wakil Bahagian Sumber Manusia, Bahagian/ Unit Teknologi Maklumat dan pentadbirpentadbir agensi. (ii) Keurusetiaan Urus setia Pasukan ini ialah Unit HRMIS di agensi. (iii) Peranan dan tanggungjawab (a) Menjadi barisan utama bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh CO, memberikan latihan dan mengadakan program kesedaran kepada CO; (b) Bertindak sebagai Meja Bantuan HRMIS Tahap 0 (rujuk para 12.4(i) untuk perincian) untuk menyelesaikan masalah berkaitan pelaksanaan HRMIS; (c) Menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS di peringkat agensi, khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/ sub modul HRMIS; (d) Menyelaras Pasukan Jaguh (pegawai BPSM yang pakar dalam sesuatu proses sumber manusia) dan Pasukan Teras (Pegawai Tadbir di bahagian-bahagian di Kementerian dan PSUK) di peringkat agensi;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy