1-15 (d) Menyelaras keperluan baharu Pengurusan Sumber Manusia (PSM) yang melibatkan penambahbaikan proses dan sistem dalam HRMIS. 7.4 Pasukan Pemandu dan Pelaksanaan HRMIS di Agensi (i) Keahlian Pasukan ini dipengerusikan oleh pengurusan atasan agensi dan keahlian Pasukan Pemandu dan Pelaksanaan di agensi terdiri daripada ketua-ketua jabatan/ agensi, wakil Bahagian Sumber Manusia, Bahagian/ Unit Teknologi Maklumat. (ii) Keurusetiaan Urus setia Pasukan ini ialah Bahagian Sumber Manusia agensi dan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. (iii) Peranan dan tanggungjawab (a) Menimbang dan meluluskan strategi pelaksanaan HRMIS di peringkat Kementerian/PSUK dan agensi-agensi di bawah kawalannya; (b) Melaksanakan perubahan bagi bidang-bidang penyesuaian tugas, struktur organisasi, polisi/ prosedur, latihan, budaya/ pemikiran dan keperluan kompetensi di peringkat agensi; (c) Mengurus pelaksanaan HRMIS seperti aspek penetapan peranan dan aliran kerja, penyediaan infrastruktur, keselamatan sistem, integrasi dan pemasangan; dan (d) Mengemukakan isu-isu pelaksanaan yang memerlukan penyelesaian di peringkat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy