1-11 6.1.11 Modul Formulasi dan Penilaian Strategi (Strategy Formulation and Review) Modul ini berfungsi bagi membantu pengurus sumber manusia menggubal dan menilai keberkesanan polisi, prosedur dan strategi sumber manusia sesebuah organisasi untuk penambahbaikan yang berterusan. Modul ini juga mempunyai fungsi-fungsi seperti perancangan tenaga manusia jangka panjang, pembangunan organisasi, perancangan taktikal, penyimpanan maklumat norma perjawatan, proses penilaian tugas dan penilaian penggunaan sumber manusia. 6.1.12 Perkhidmatan Maklumat (Information Services) Modul Direktori Kerajaan menyediakan maklumat nama pegawai, nombor telefon pejabat serta unit organisasinya. 6.1.13 Pentadbiran Sistem Modul ini berfungsi bagi menguruskan hal-hal berkaitan pengguna seperti penetapan peranan pengguna, penetapan aliran kerja, penetapan tahap capaian pengguna dan penyelenggaraan data dalam HRMIS. 6.1.14 Sistem Analitik Sumber Manusia Sektor Awam (ASSIST) ASSIST menyediakan kemudahan menjana, menganalisi data serta menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia sektor awam bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan dasar dan pembuatan keputusan. 6.2 Bagi kemudahan pengguna menggunakan HRMIS, beberapa aplikasi mudah alih telah diperkenalkan iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS Care, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check dan MyHRMIS Keluar Pejabat yang mana kini telah digabungkan dalam satu aplikasi iaitu MyHRMIS Mobile.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy